awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS rancang wujudkan kabin e-sukan di setiap negeri - Faizal Azumu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/11/2022
15:59 MYT
KBS rancang wujudkan kabin e-sukan di setiap negeri - Faizal Azumu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, seterusnya kementerian juga berhasrat untuk memperluaskan kemudahan itu di setiap daerah. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merancang untuk mewujudkan Kabin Sukan Elektronik (e-Sukan) di setiap negeri.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, seterusnya kementerian juga berhasrat untuk memperluaskan kemudahan itu di setiap daerah.
Menurutnya, kemudahan itu bukan sahaja dapat dimanfaatkan sebagai tempat golongan muda bermain permainan e-sukan tetapi boleh digunakan untuk aktiviti lain.
"Buat masa sekarang, kita mengharapkan ia dapat diadakan di setiap negeri dan kita harap suatu masa nanti ia dapat perluaskan di peringkat daerah,” kepada pemberita selepas menyempurnakan Pelancaran E-Sports Youth Cabin Perak di sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Persatuan Sukan Elektronik Perak (ESP), Muhammad Naim Al-Amin Saharudin.
Menurut Ahmad Faizal, kemudahan itu tidak semestinya digunakan hanya untuk permainan e-sukan tetapi boleh digunakan sebagai tempat seminar, bual bicara dan sebagainya.
“Kita boleh jemput selebriti sukan datang bagi semangat kepada anak-anak muda untuk terus berada dalam sukan ini," ujarnya.
Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, fasiliti sukan yang disediakan kerajaan hendakkah dimanfaatkan sepenuhnya dengan penganjuran aktiviti sukan lain.
Menurutnya, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan kemudahan tersebut, contohnya gelanggang futsal dapat dioptimumkan penggunaannya.
"Gelanggang futsal ini saya fikir tak semestinya digunakan untuk permainan futsal semata-mata, ia boleh jadi gelanggang bola keranjang, tempat permainan bola jaring, sepak takraw dan sebagainya.
"Saya mengesyorkan kepada semua pihak untuk bekerjasama dengan persatuan-persatuan sukan dan persatuan penduduk untuk sentiasa mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah di fasiliti yang disediakan," katanya.
Pada majlis itu, Ahmad Faizal turut menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara ESP dengan Homebois, MAB ESports Championship dan Todak.
Topic Berkaitan
#kabin e-sukan
#Kabin Sukan Elektronik
#KBS
#Ahmad Faizal Azumu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan