awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecederaan paksa Azizulhasni lupakan aksi di Kaherah

Bernama
Bernama
15/03/2023
07:01 MYT
Kecederaan paksa Azizulhasni lupakan aksi di Kaherah
Prospek emas negara di Sukan Olimpik Paris 2024 berusia 35 tahun itu berkata keputusan menarik diri terpaksa dibuat atas nasihat doktor. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang terpaksa melupakan aksi di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir bulan ini susulan kecederaan.
Prospek emas negara di Sukan Olimpik Paris 2024 berusia 35 tahun itu berkata keputusan menarik diri terpaksa dibuat atas nasihat doktor dan mengambil kira beberapa faktor lain selepas mengalami kecederaan ketika menjalani latihan di sana.
Bagaimanapun, pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang diberi julukan 'Pocket Rocketman' itu tidak menyatakan kecederaan yang dialaminya.
"Demi memberi ruang mendapatkan pemulihan yang optimum, tempat saya akan digantikan oleh Fadhil Zonis (Muhammad Fadhil Mohd Zonis).
"Saya memohon agar anda semua terus memberikan sokongan kepada atlet lumba basikal yang akan bertanding di sini (Kaherah)," menurut hantaran Facebook miliknya.
Mohd Azizulhasni muncul wakil tunggal skuad kebangsaan membawa pulang pingat perak dalam acara keirin pada Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Jakarta, Indonesia bulan lepas.
Kejohanan di Kaherah bermula hari ini hingga Jumaat sebelum beralih Milton, Kanada pada 20-23 April depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Berbasikal Trek
#kejohanan UCI
#Kaherah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan