awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Badminton Dunia: Zii Jia terselamat 'kejutan' pemain Brazil

Bernama
Bernama
15/12/2021
14:56 MYT
Kejohanan Badminton Dunia: Zii Jia terselamat 'kejutan' pemain Brazil
Zii Jia terselamat daripada 'kejutan' pemain Brazil, Ygor Coelho apabila berjaya memenangi perlawanan dengan rubber set untuk menempah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terselamat daripada 'kejutan' pemain Brazil, Ygor Coelho apabila berjaya memenangi perlawanan dengan rubber set untuk menempah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol hari ini.
Walaupun memenangi set pertama 21-14, juara All England 2021 itu mensia-siakan peluang untuk menamatkan permainan lebih awal apabila membenarkan pemain ranking 50 dunia itu menewaskannya pada set kedua 24-22 sebelum pemain Malaysia itu kembali tenang untuk muncul pemenang dalam set penentuan 21-14.
Zii Jia, pemain pilihan keenam dalam kejohanan itu, akan bertemu pemenang antara pilihan kesembilan Kanta Tsuneyama dari Jepun atau pemain Denmark, Hana-Kristian Solberg Vittinghus selepas ini.
Bagaimanapun, tuah tidak menyebelahi pemain perseorangan profesional negara, Liew Daren selepas disingkirkan pemain India, H.S. Prannoy 21-7, 21-17.
Sementara itu, pemenang pingat perak beregu lelaki Olimpik Rio 2016 Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang kembali digandingkan memulakan kempen mereka dengan penuh bergaya apabila menewaskan Hiroki Okamura-Masayuki Onadera dari Jepun, 21-15, 22-24, 21-16.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Kejohanan Badminton Dunia
#pemain Brazil
#Ygor Coelho
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan