awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan FC tetap belanja secara berhemah musim depan

Bernama
Bernama
22/08/2022
03:48 MYT
Kelantan FC tetap belanja secara berhemah musim depan
NORIZAM: Dari segi persiapan pemain, kita bukan kelab yang membeli pemain bertaraf bintang namun kita menggilap dan melahirkan bintang. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman berkata sebagai kelab yang bukan mewah, pasukan itu mengamalkan prinsip berbelanja secara berhemah dalam persiapan menghadapi saingan Liga Super musim depan.
"Dari segi persiapan pemain, kita bukan kelab yang membeli pemain bertaraf bintang namun kita menggilap dan melahirkan bintang, jadi kita akan berhemah dari aspek ini.
"Saingan Liga Super musim depan, kita perlukan sembilan pemain import, jadi kita akan mencari pemain-pemain yang lebih berkualiti untuk memperkuatkan jentera Kelantan FC," katanya sidang media selepas majlis menandatangani penajaan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.
Pada majlis itu Norizam menerima replika cek penajaan bernilai RM800,000 daripada syarikat kosmetik, Skin Dessert yang diserahkan oleh pengasasnya Mohd Aliff Ab Kadir.
Kelantan FC ketika ini berada di puncak Liga Premier dengan mengumpul 36 mata dan dua baki perlawanan lagi akan menentukan sama ada pasukan itu bakal bergelar juara musim ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan FC
#Norizam Tukiman
#Liga Super
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan