awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco

Bernama
Bernama
18/05/2024
21:15 MYT
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Zamakhshari berkata penyusunan dan garis panduan itu, dilakukan kerana terdapat beberapa isu yang berlaku sebelum ini seperti faktor keselamatan dan sebagainya. - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri Zamakhshari Muhamad berkata penyusunan dan garis panduan itu, dilakukan kerana terdapat beberapa isu yang berlaku sebelum ini seperti faktor keselamatan dan sebagainya.
"Garis panduan baharu sudah diluluskan di peringkat exco negeri dan sudah diwartakan dua bulan lalu, jadi kita sedang tunggu peringkat akhir penyelarasan mengenai perkara ini dengan pihak polis pula, yang dijangka mendapat maklum balas dalam masa dua minggu lagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Taekwon-do Tul dan Pertandingan Junior Matsogi Peringkat Kelantan 2024, di sini pada Sabtu melibatkan 460 peserta.
Zamakhshari berkata sukan Muay Thai di Kelantan juga, merupakan antara sasaran penyumbang 22 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024, yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos.
"Sekarang ini semua atlet yang terlibat sudah melakukan persiapan masing-masing, dengan mengadakan latihan bersama-sama dengan jurulatih mereka di tempat yang dikhususkan, seperti sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)," katanya.
Muay Thai disenarai oleh tuan rumah, Sarawak sebagai antara empat jenis sukan tambahan selain tinju, petanque dan e-sukan bagi temasya SUKMA 2024, di samping 28 sukan wajib lain.
Sementara itu, Zamakhshari berkata pihaknya akan membaik pulih sistem perparitan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini tidak lama lagi, selepas mendapat peruntukan berjumlah RM500,000 dari Kementerian Belia dan Sukan.
"Kita akan lakukan semasa season break perlawanan bola sepak Liga Malaysia dan jangka siap sebelum musim tengkujuh dan selepas itu mungkin kita akan fokuskan pula mengenai rumput padang dan papan pemarkahan di stadium berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukan muay thai
#garis panduan baharu
#Zamakhshari Muhamad
#SUKMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan