awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KL City ibarat sudah jatuh ditimpa tangga

Astro Arena
Astro Arena
16/03/2024
05:30 MYT
KL City ibarat sudah jatuh ditimpa tangga
KL City menerima khabar duka apabila ketua jurulatihnya, Nenad Bacina mengumumkan peletakan jawatannya. - Foto Stadium Astro
KL CITY yang sebelum ini diberitakan kehilangan beberapa pemain utama mereka menjelang musim baharu seperti Akram Mahinan, adik-beradik Lambert, Romel Morales dan Tchetche Kipre nampaknya terus dimomokkan dengan berita kurang baik.
Hal ini kerana, KL City menerima khabar duka apabila ketua jurulatihnya, Nenad Bacina mengumumkan peletakan jawatannya.
Berita itu hadir pada masa hampir sama dengan pengumuman Khalid Samad yang turut meletakkan jawatanya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
Posisi Bacina dijangka diisi oleh penolong ketua jurulatih, Miroslav Kuljanac, namun beberapa nama turut dikaitkan dengan kelab berkenaan termasuklah Nafuzi Zain.
Tidak cukup dengan itu KL City yang sebelum ini dihambat dengan masalah tunggakan gaji dan diberi amaran oleh Malaysian Football League (MFL) untuk tidak beraksi di Liga Super jika tidak menyelesaikan masalah berbangkit.
Namun kini KL CIty nampaknya boleh mula menghela nafas lega dengan mendapat bantuan dari Yang Berhormat Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga merupakan penaung terbaru kelab kota raya itu.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#KL City
#jurulatih
#nenad bacina
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan