awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan

Sinar Harian
Sinar Harian
04/10/2024
03:20 MYT
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Aksi penjaga gol Guglielmo Vicario menyelamatkan bola ketika perlawanan Liga Europa antara Ferencvaros dan Tottenham Hotspur di Budapest, Hungary, 3 Okt 2024. (Foto AP)
TOTTENHAM Hotspur meraih kemenangan kedua berturut-turut Liga Europa selepas mengatasi kelab Hungary, Ferencvaros, 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Groupama Arena, Budapest pada Jumaat.
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijanakan Pape Sarr (minit ke-23) dan Brennan Johnson (m-86) pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Kelab berpangkalan di London itu sebelum ini mengalahkan kelab Azerbaijan, Qarabag FC, 3-0 menerusi gol dijelmakan Brennan Johnson (m-12), Pape Matar Sarr (m-52) dan Dominic Solanke (m-68) selepas kehilangan Radu Dragusin seawal minit ke-7 di Stadium Tottenham Hotspur, 27 September lalu.
Ferencvaros berpeluang mendahului menerusi tandukan Barnabas Varga, namun dibatalkan akibat ofsaid.
Sementara itu, Anderlecht menang 2-1 ke atas Real Sociedad di Reale Arena, yang mendahului awal menerusi Pablo Marin (m-5) sebelum Luis Vazquez (m-28) dan Theo Leoni (m-38) menjaringkan gol untuk kelab Belgium itu seterusnya mengubah permainan.
Di Rom, Taty Castellanos, yang meraikan ulang tahunnya yang ke-26, menjaringkan dua gol untuk membawa Lazio menang 4-1 ke atas kelab Perancis, Nice di Stadio Olimpico.
Pedro Rodriguez dan penalti daripada Mattia Zaccagni kemudiannya melengkapkan kekalahan pasukan pelawat.
Gergasi Belanda, Ajax Amsterdam pula terikat 1-1 dengan Slavia Prague di Eden Arena, dengan Branco van den Boomen menjaringkan penalti awal untuk pasukan pelawat sebelum Tomas Chory menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua untuk tuan rumah.
Ajax terpaksa beraksi 10 pemain selepas Youri Baas dibuang padang pada minit ke-75. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tottenham Hotspur
#Liga Europa
#Lazio
#Ajax Amsterdam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan