awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Juara-Juara UEFA: Bayern Munich benam Atletico Madrid 4-0

Bernama
Bernama
22/10/2020
01:31 MYT
Liga Juara-Juara UEFA: Bayern Munich benam Atletico Madrid 4-0
Kingsley Coman (tengah) menggelek bola untuk menjaringkan gol keempat pasukannya ketika perlawanan Liga Juara-Juara UEFA antara Bayern Munich dan Atletico Madrid di Arena Allianz, Munich, Jerman, 21 Okt, 2020. (Foto AP)
ANKARA:Juara bertahan Liga Juara-Juara UEFA, Bayern Munich, memulakan kempen 2020-21 dengan bergaya apabila membenam Atletico Madrid dari Sepanyol menerusi jaringan 4-0 dalam perlawanan Kumpulan A pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.
Bayern Munich memulakan aksi cemerlang dengan membolosi gawang lawan hasil jaringan penyerang Kingsley Coman pada minit ke-28.
Pasukan tuan rumah itu terus menambah jaringan pada minit ke-41 menerusi tendangan pemain tengah, Leon Goretzka, sekali gus menewaskan penjaga gol Atletico, Jan Oblak.
Pada minit ke-66, pemain Corentin Tolisso pula menghasilkan jaringan menerusi tendangan jarak jauh menjadikan pasukannya selesa mendahului dengan 3-0.
Coman sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-72 untuk memastikan Bayern Munich terus unggul di hadapan dengan 4-0.
Keputusan:
- Kumpulan A:
Salzburg - Lokomotiv Moscow: 2-2
Bayern Munich - Atletico Madrid: 4-0
- Kumpulan B:
Real Madrid - Shakhtar Donetsk: 2-3
Inter Milan - Borussia Monchengladbach: 2-2
- Kumpulan C:
Manchester City - Porto: 3-1
Olympiacos - Olympique Marseille: 1-0
- Kumpulan D:
Ajax - Liverpool: 0-1
Midtjylland - Atalanta: 0-4
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bayern Munich
#Real Madrid
#Liverpool
#Manchester City
#Moscow
#UEFA
#Atletico Madrid
#Kingsley Coman
#Liga Juara-Juara UEFA
#Corentin Tolisso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan