awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Negara-Negara: Mbappe gembira diberikan kebebasan ketika sarung jersi Perancis

Astro Arena
Astro Arena
24/09/2022
03:07 MYT
Liga Negara-Negara: Mbappe gembira diberikan kebebasan ketika sarung jersi Perancis
Aksi Kylian Mbappe ketika menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Negara-Negara UEFA antara Perancis dan Austria di stadium Stade de France, Saint Denis, pinggir Paris, Perancis, 22 Sept 2022. (AP)
KYLIAN Mbappe mengakui dia menikmati lebih banyak 'kebebasan' ketika bermain untuk Perancis berbanding Paris Saint-Germain selepas jaringan cemerlangnya itu membolehkan juara bertahan Piala Dunia itu menang 2-0 ke atas Austria.
"Saya bermain secara berbeza di sini. Saya diminta melakukan perkara yang berbeza berbanding dengan kelab saya. Saya mempunyai lebih banyak kebebasan," kata Mbappe selepas perlawanan di Stade de France, di mana kemenangan untuk Les Bleus membolehkan mereka mengelak ancaman penyingkiran daripada peringkat teratas Liga Negara-Negara UEFA.
Gol pembukaan Mbappe, disusuli dengan gol kedua daripada Olivier Giroud, untuk memastikan kemenangan pasukan Perancis walaupun mengalami krisis kecederaan yang berterusan.
Bintang PSG berusia 23 tahun itu perlu berkongsi tumpuan di kelabnya dengan Lionel Messi dan Neymar, dengan pemain Brazil itu kini penjaring terbanyak mereka.
"Jurulatih tahu kami mempunyai pemain nombor sembilan (Giroud) yang mampu menjejaskan benteng pertahanan lawan. Saya boleh berlari, mencari ruang dan mendapatkan bola," tambah Mbappe.
"Dengan Paris ia berbeza. Saya tidak boleh berbuat demikian. Saya diminta untuk menjadi lebih banyak pivot untuk yang lain."
Perancis kini bermain di tempat lawan menentang Denmark Isnin ini dan masih perlu menang di Copenhagen untuk memastikan mengelak daripada jatuh ke Liga B.
Jika mereka tergelincir, Austria akan menamatkan saingan di atas mereka dalam Kumpulan A1 dengan menewaskan Croatia pada masa yang sama.
Bagaimanapun, keutamaan dalam perlawanan ini adalah persediaan untuk Piala Dunia Qatar, dengan misi mempertahankan kejuaraan Perancis bermula dalam masa dua bulan sahaja lagi.
Topic Berkaitan
#Kylian Mbappe
#Perancis
#Liga Negara-Negara UEFA
#piala dunia qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan