awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Fandi Ahmad sahkan Sri Pahang ambil dua pemain import dari Korea Selatan

Astro Arena
Astro Arena
27/02/2023
22:00 MYT
Liga Super: Fandi Ahmad sahkan Sri Pahang ambil dua pemain import dari Korea Selatan
Fandi Ahmad, ketua jurulatih Sri Pahang FC. - Foto Astro ARENA
KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, mengesahkan pasukan Tok Gajah itu sempat menandatangani dua pemain import dari Korea Selatan sebelum tarikh tutup jendela perpindahan pada 23 Februari lalu.
Dua pemain berkenaan ialah pemain tengah, Lee Ji Yong, dan pertahanan, Lee Jeong Geun.
Bagaimanapun, pengendali kelahiran Singapura itu mengakui perlu melakukan penilaian terlebih dahulu mengenai kemampuan kedua-dua pemain itu sebelum membuat keputusan sama ada mereka akan diserap ke dalam skuad utama atau akan bersama skuad liga simpanan.
"Saya juga tidak tahu bagaimana untuk memberikan komen kerana mereka datang pada waktu akhir, sewaktu kami menjalani latihan dan saya pada awalnya fikir tidak mungkin akan sempat untuk mendaftarkan mereka.
"Tetapi segala-galanya berlaku dengan amat cepat.
"Seorang pemain muda, yang bermain di bahagian sayap, mungkin akan bermain bersama pasukan simpanan tetapi dia bagus dan mempunyai kepantasan.
"Yang seorang lagi merupakan pertahanan tengah yang boleh bermain sebagai pemain tengah bertahan," katanya.
Sri Pahang memulakan saingan Liga Super 2023 dengan terikat 1-1 menentang Negeri Sembilan FC di Paroi pada Ahad.
Topic Berkaitan
#Fandi ahmad
#Sri Pahang FC
#Liga Super 2023
#pemain import Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan