awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTdL 2023: Syritsa tawan peringkat kedua

Bernama
Bernama
24/09/2023
08:18 MYT
LTdL 2023: Syritsa tawan peringkat kedua
Gleb Syritsa muncul juara saingan peringkat kedua LTdL 2023 dari Kuala Terengganu ke Aeon Mall, Kota Bharu pada Ahad. - Gambar/ Petronas Le Tour de Langkawi
KOTA BHARU: Pelumba Astana Qazaqstan Team Gleb Syritsa muncul juara saingan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 sejauh 186.2 kilometer (km), dari Kuala Terengganu ke Aeon Mall, di sini hari ini.
Pelumba Rusia berusia 23 tahun itu, terlebih dahulu melepasi garisan penamat dalam satu kelompok besar dengan mencatatkan masa empat jam 15 minit 14 saat pada perlumbaan berbasikal berprestij Asia itu.
Keputusan dilakar pelumba itu sekali gus menebus kekecewaannya, setelah mengakhiri saingan peringkat pertama dari Kerteh ke Kuala Terengganu di kedudukan ketiga, semalam.
"Semalam saya melakukan kesilapan dan meraih tempat ketiga tetapi hari ini adalah keputusan yang saya nanti-nantikan. Saya sangat gembira," katanya selepas tamat perlumbaan.
Sementara itu, pelumba pasukan Tudor Pro Cycling Team Arvid de Kleijn dan pelumba Green Project Bardiani CSF-Faizane Enrico Zanoncello, masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga di belakang Syritsa.
Dalam pada itu, de Kleijn kekal menyarung jersi hijau (pendahulu keseluruhan) dan jersi jingga (Raja Pecut), sementara jersi putih (Terbaik Asia) milik pelumba Roojai Online Insurance Tegshbayar Batsaikhan.
Peringkat ketiga dari Jeli ke Baling sejauh 183.1km esok, membabitkan empat zon pendakian di Jeli, Puncak Titiwangsa, Seri Banding serta Sungai Rui selain dua zon pecutan di Jeli dan Tasik Temenggor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LTdL
#peringkat kedua
#Gleb Syritsa
#Astana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan