awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTdL: Sofian bukti kemampuan dengan skuad kebangsaan

Astro Arena
Astro Arena
08/04/2019
15:00 MYT
LTdL: Sofian bukti kemampuan dengan skuad kebangsaan
SOFIAN: Segala-galanya berjalan lancar seperti yang kami rancangkan; saya berjaya melakukan 'breakaway' pada kilometer pertama dan meraih mata di ketiga-tiga zon pecutan. Astro ARENA
SELEPAS tidak memiliki pasukan menjelang Le Tour de Langkawi 2019, pelumba berpengalaman negara, Sofian Nabil Omar, meneruskan rentak cemerlang pelumba tempatan apabila merampas jersi putih (pelumba terbaik Asia) dalam pusingan ketiga dari Muar ke Putrajaya, hari ini.
Sofian, yang mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dalam edisi kali ini, jelas tidak berputus asa bagi mencipta sesuatu berdasarkan statusnya sebagai pelumba berpengalaman.
Usahanya itu berbaloi selepas muncul pelumba terbaik Asia bagi merampas jersi putih yang sebelum ini disarung Kim Jihun daripada pasukan KSPO Bianchi Asia Procycling.
Bagi bekas pelumba Forca Amskin Racing itu -- yang tidak dapat bertanding dalam perlumbaan edisi ini -- dia bersyukur kerana dapat mencipta kejayaan dalam penampilan pertamanya dengan skuad kebangsaan.
"Alhamdulillah, ia merupakan tuah yang baik untuk saya beraksi dengan skuad kebangsaan.
"Saya melepasi peringkat pemilihan dan berjaya memaparkan prestasi terbaik dalam perlumbaan ini.
"Saya telah membuktikan kemampuan saya kepada jurulatih dan pasukan ini," katanya.
Mengenai pencapaiannya sebagai pelumba Malaysia pertama menyarung jersi itu, Sofian berkata: "Segala-galanya berjalan lancar seperti yang kami rancangkan semalam.
"Saya berjaya melakukan 'breakaway' pada kilometer pertama dan meraih mata di ketiga-tiga zon pecutan.
"Ia sekali gus memastikan saya meraih jersi putih hari ini," tambahnya.
Topic Berkaitan
#jersi putih
#jurulatih
#Langkawi
#Le Tour de Langkawi
#LTdL
#Malaysia
#pecutan
#pelumba
#pemilihan
#Sofian Nabil Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan