awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bangkit atasi Uruguay di Piala Dunia Hoki Remaja Wanita

Bernama
Bernama
08/04/2022
04:00 MYT
Malaysia bangkit atasi Uruguay di Piala Dunia Hoki Remaja Wanita
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia dijadual bertemu Ireland esok bagi pusingan penentuan tempat kesembilan hingga ke-12.
KUALA LUMPUR: Kemenangan tipis 2-1 ke atas Uruguay melayakkan skuad wanita muda negara untuk beraksi pada pusingan penentuan kedudukan kesembilan hingga ke-12 di pentas Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan.
Dalam perlawanan penentuan tempat kesembilan hingga ke-16 semalam, pasukan negara terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan pukulan sudut penalti Elisa Civetta pada minit ke-35.
Tersentak dengan jaringan lawan, skuad bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim itu bangkit dengan menjaringkan dua gol padang dalam tempoh selang seminit pada suku keempat perlawanan, masing-masing menerusi Siti Nur Arfah Mohd Nor pada minit ke-53 disusuli jaringan Nuramirah Shakirah Zulkifl pada minit ke-54, dan kedudukan itu kekal hingga wisel penamat.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia dijadual bertemu Ireland esok bagi pusingan penentuan tempat kesembilan hingga ke-12.
Skuad remaja kebangsaan sebelum ini gagal mara ke peringkat suku akhir selepas menduduki tangga tercorot Kumpulan D dengan hanya satu mata.
Malaysia membuka tirai kempen kumpulan dengan mengalami kekalahan besar 0-10 kepada Jerman, diikuti seri 3-3 menentang Wales dan tumpas 0-4 kepada India.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hoki
#Piala Dunia Hoki Remaja Wanita
#Uruguay
#Ireland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan