awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia mara ke suku akhir kejohanan berpasukan wanita dunia 2016

Bernama
Bernama
30/11/2016
00:23 MYT
Malaysia mara ke suku akhir kejohanan berpasukan wanita dunia 2016
Nicol (gambar) melengkapkan kemenangan bergaya skuad negara apabila mudah mengalahkan Donna Urquhart 11-8, 11-4, 11-5. - Gambar fail
Skuad Malaysia terus cemerlang apabila mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2016 selepas mencatat kemenangan kedua di Issy-les-Moulineaux, Perancis.
Pasukan negara yang diketuai Datuk Nicol David melebarkan kemenangan kedua berturut-turut dengan membenam Australia 3-0 dalam aksi Kumpulan C, demikian menurut laman web kejohanan http://wsfwomensteams.com/draws/.
Pada perlawanan pembukaan sebelum ini, Malaysia menewaskan Belanda dengan jumlah mata yang sama.
Pada perlawanan semalam, S.Sivasangari meletakkan Malaysia di hadapan apabila menumpaskan Christine Nunn 12-10, 9-11, 15-13, 11-8 dalam masa 51 minit perlawanan, sebelum Delia Arnold menyumbang mata kedua selepas menewaskan Rachael Grinham 11-9 11-9 11-7.
Nicol melengkapkan kemenangan bergaya skuad negara apabila mudah mengalahkan Donna Urquhart 11-8, 11-4, 11-5 dalam masa 27 minit perlawanan.
Malaysia akan menamatkan aksi Kumpulan C berdepan Austria bagi menentukan juara kumpulan, hari ini (Rabu). -- Bernama
Topic Berkaitan
#Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2016
#Nicol David
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan