awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia naib juara Piala Negara-Negara 2012

Bernama
Bernama
09/12/2012
05:52 MYT
Malaysia naib juara Piala Negara-Negara 2012
Skuad bola jaring negara gagal dalam percubaan pertama merangkul kejuaraan Piala Negara-Negara 2012 apabila kalah 45-38 kepada Tanzania pada final di Dewan Sukan Toa Payoh, Singapura semalam.
Malaysia yang sebelum ini tunduk 36-61 kepada pasukan lawan itu pada perlawanan pusingan awal bagaimanapun mendahului 11-8 pada suku pertama.
Tanzania bangkit semula pada suku kedua untuk memintas 27-15 dan kemudian mengekalkan momentum untuk mendahului 36-26 pada suku ketiga perlawanan.
Pasukan dari benua Afrika itu terus mengasak dengan menambah sembilan mata pada suku keempat manakala Malaysia enggan mengalah dengan menambah 12 mata untuk mengakhiri saingan.
Ini merupakan kali pertama Tanzania muncul juara dalam kejohanan tersebut.
Sementara itu, pengurus pasukan negara Aminah Asaari bangga dengan prestasi anak buahnya walaupun mengalami kekalahan pada final.
Bagaimapun, Malaysia menepati sasaran sekurang-kurangnya gelaran naib juara selepas menduduki tempat ketiga pada edisi tahun lepas.
Kedudukan Pasukan
Juara: Tanzania mn Malaysia 45-38 3-4: Namibia mn Sri Lanka 76-70 5-6: Singapura mn Ireland 45-31
Anugerah Pemain Paling Bernilai
Tanzania: Irene Sylidion MALAYSIA: Siti Nor Farhana Mustafa Namibia: Bemhardine Makari Sri Lanka: Gayathri Lankathilake Singapura: Cassandra Soh Ireland: Genevieve Slater
Topic Berkaitan
#bola jaring
#Malaysia
#Piala Negara-Negara 2012
#Singapura
#tanzania
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan