awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBPJ terus taja Wai Ching, promosi Petaling Jaya di pentas dunia

Bernama
Bernama
10/02/2025
23:20 MYT
MBPJ terus taja Wai Ching, promosi Petaling Jaya di pentas dunia
Mohamad Zahri (dua, kiri) dan Wai Ching (dua, kanan) bergambar bersama selepas Majlis Menandatangani MoU di antara MBPJ dan atlet larian menara tersebut di Ibu Pejabat MBPJ semalam. --fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meneruskan kerjasama dengan jaguh larian menara negara Soh Wai Ching bagi membantu atlet itu meneruskan kariernya, selain mempromosikan bandaraya berkenaan kepada masyarakat dunia.
Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon berkata menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani semalam, MBPJ memberikan tajaan RM75,000 untuk membolehkan Wai Ching meneruskan penyertaan di peringkat antarabangsa dan mencapai misi merampas semula ranking nombor satu dunia pada tahun ini.
"MoU ini dimeterai adalah untuk mempromosikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya yang pintar, mampan dan berdaya tahan.
"Pada masa sama, ia juga bertujuan menjadikan bandar raya Petaling Jaya sebagai sebuah destinasi pelancongan yang boleh dilawati oleh pengunjung dari seluruh dunia yang menyediakan lokasi-lokasi pelancongan menarik, kepelbagaian jenis makanan dan kemudahan-kemudahan lain sempena Tahun Melawat Selangor 2025," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MBPJ semalam.
Dalam pada itu, Mohamad Zahri berkata MoU yang dimeterai semalam turut menetapkan syarat dan terma bersama termasuk kewajipan Wai Ching mengenakan baju atau jersi berlogo MBPJ dalam setiap pertandingan larian menara serta sesi temu ramah, sama ada di dalam atau di luar negara.
Beliau berkata sebagai sebahagian daripada usaha memartabatkan sukan larian menara, MBPJ turut menetapkan Petaling Jaya sebagai pusat latihan untuk melatih anak-anak muda menceburi sukan berkenaan seterusnya melahirkan ramai jaguh larian menara.
"Wai Ching akan buat sesi perkongsian di sekolah-sekolah sekitar Petaling Jaya dan kolej untuk mempromosi sukan larian menara.
"Wai Ching juga akan adakan sesi larian menara dan bengkel setiap minggu pada Sabtu bermula 5.30 petang hingga 7.00 malam sekiranya tiada kejohanan. Kami mahu lebih ramai orang menyertai acara ini kerana kami mahu melahirkan bakat baharu dan memastikan Malaysia menguasai larian menara," katanya.
Sementara itu, Wai Ching berkata beliau berasa gembira apabila MBPJ tampil sebagai pihak berkuasa tempatan pertama yang menyokong sukan larian menara di negara ini.
Selain mengharumkan nama Malaysia dan MBPJ di mata dunia, beliau juga berhasrat untuk meneruskan kesinambungan usaha melahirkan bakat baharu dalam sukan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Soh Wai Ching
#MBPJ
#jaguh larian menara negara
#Mohamad Zahri Samingon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan