awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka FC belum putuskan ketua jurulatih baharu, hormati keputusan Devan, Subramaniam

Bernama
Bernama
29/12/2025
14:30 MYT
Melaka FC belum putuskan ketua jurulatih baharu, hormati keputusan Devan, Subramaniam
Melaka FC kini berada di tangga kedua tercorot daripada 13 pasukan bertanding dalam saingan Liga Super bagi musim ini selepas hanya mengumpul enam mata daripada 12 perlawanan. - Gambar fail
MELAKA: Melaka FC masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pelantikan ketua jurulatih baharu susulan peletakan jawatan K. Devan dan penolong jurulatih S. Subramaniam.

Ringkasan AI
  • Melaka FC belum membuat keputusan mengenai pelantikan ketua jurulatih baharu susulan peletakan jawatan K. Devan dan penolong jurulatih S. Subramaniam.
  • Devan dan Subramaniam telah meletakkan jawatan atas alasan masalah peribadi, namun pihak pengurusan menghormati keputusan mereka.
  • Meskipun belum ada calon muktamad, Melaka FC sedar keperluan untuk segera mengadakan mesyuarat bagi membincangkan pengganti ketua jurulatih demi memastikan persiapan pasukan berjalan lancar dalam Liga Super.

Pengurus pasukan Muhammad Najmi Mohd Nordin berkata Devan telah mengemukakan surat peletakan jawatan sehari selepas perlawanan menentang Imigresen FC dengan memberikan alasan masalah peribadi dan pihak pengurusan menghormati keputusan itu.
"Subramaniam pula menyerahkan surat peletakan jawatan malam tadi selepas perlawanan Melaka FC menentang Selangor FC... sebelum itu, beliau mengetuai pasukan pada perlawanan itu memandangkan ketua jurulatih sementara Mohd Asri Ninggal berada di United Kingdom atas urusan tertentu.
"Pihak kelab bagaimanapun tidak pernah meminta beliau meletakkan jawatan dan kami juga telah memintanya mempertimbangkan semula keputusan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Muhammad Najmi berkata Subramaniam juga tidak mempunyai sebarang isu dengan pengurusan Melaka FC dan keputusan berkenaan adalah atas pertimbangan peribadi beliau.
Beliau ketika mengulas perancangan pasukan itu berkata pihak pengurusan masih belum mengadakan mesyuarat rasmi bagi membincangkan pengganti ketua jurulatih dan setakat ini belum mempunyai calon muktamad walaupun terdapat beberapa jurulatih yang menyatakan minat.
"Masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan kerana belum ada perbincangan terperinci, namun pihak kelab sedar keperluan untuk melantik pengganti baharu demi memastikan persiapan pasukan berjalan lancar bagi baki beberapa perlawanan dalam Liga Super," katanya.
Melaka FC kini berada di tangga kedua tercorot daripada 13 pasukan bertanding dalam saingan Liga Super bagi musim ini selepas hanya mengumpul enam mata daripada 12 perlawanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor FC
#Liga Super
#ketua jurulatih
#pertimbangan peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan