awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menang untuk diri sendiri, keluarga - Vini Jr tutup mulut pengkritik

Astro Arena
Astro Arena
19/12/2024
00:30 MYT
Menang untuk diri sendiri, keluarga - Vini Jr tutup mulut pengkritik
Vinicius Junior meraih anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA pada majlis The Best FIFA Football Awards 2024 yang berlangsung di Doha, 17 Dis 2024. - Foto Instagram Vinicius
PENYERANG Real Madrid Vinicius Junior mengecam tindakan pengkritik yang sering memperkecilkan bakatnya selepas merangkul gelaran Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi musim 2024 pada Selasa.
Pemain kebangsaan Brazil itu mendapat pujian tinggi berikutan musim yang menakjubkan tatkala menjaringkan sebanyak 24 gol termasuk membuat sembilan bantuan jaringan dalam semua kejohanan pada musim lalu.
Sebelum ini, Vini Jr terlepas gelaran anugerah Ballon d'Or yang menyaksikan pemain tengah Manchester City, Rodri, menjadi pemenang kepada trofi tersebut.
Sejak dua musim lalu, Vini Jr kerap menerima kritikan berbaur perkauman di LaLiga, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus mempamerkan persembahan memukau di setiap perlawanan.
“Saya datang, saya nampak, saya menang,” tulisnya di Instagram.
"Hari ini, saya menulis untuk menceritakan seorang budak lelaki yang melihat begitu ramai legenda mengangkat trofi tetapi masanya juga sudah tiba untuk menikmati waktu itu.
"Ya, masa saya telah tiba. Masa untuk menyatakan bahawa saya adalah pemain terbaik di dunia dan saya banyak berjuang untuk sampai di sini."
"Mereka cuba dan ingin membatalkan saya. Tetapi mereka tidak mampu," tambahnya.
"Saya menang untuk saya dan keluarga saya. Dengan banyak sokongan sepanjang perjalanan: Flamengo, Real Madrid, pasukan kebangsaan Brazil dan rakan-rakan pemain."
View this post on Instagram
A post shared by Vinicius Jr. ⚡️
Topic Berkaitan
#Vinicius Junior
#Pemain Lelaki Terbaik FIFA
#kritikan berbaur perkauman
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan