awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MMA: 'Saya lawan Khabib sajalah nanti' - Nate Diaz

Haider Yutim
Haider Yutim
11/10/2018
11:19 MYT
MMA: 'Saya lawan Khabib sajalah nanti' - Nate Diaz
Nate Diaz (kiri) menyatakan minat untuk bertarung pula dengan juara lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov. - Foto Instagram/@natediaz209, @khabib_nurmagomedov
SELEPAS pertarungannya di UFC 230 dibatalkan, jaguh seni bela diri campuran (MMA) Amerika Syarikat, Nate Diaz kini menyatakan minat untuk bertarung pula dengan juara lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov.
Diaz, 33 tahun, sebelum ini telah dijadualkan untuk bertembung dengan Dustin Poirier, namun pertarungan tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab kecederaan yang dialami Poirier.
"Saya lawan Khabib saja, bila dia bersedia," katanya kepada ESPN.
Diaz sudah lama tidak bertarung sejak kekalahannya dengan bintang MMA, Conor McGregor pada UFC 202, dua tahun lepas.
Jika diikutkan, peluangnya untuk bertemu Khabib juga agak sukar kerana Poiror dikatakan lebih berpeluang untuk bertarung dalam 'title fight' (pertarungan kejuaraan).
Bagaimanapun, ini bergantung kepada tahap kecederaan yang dialami Poiror dan tidak mustahil 'title fight' menentang Khabib itu diberi kepada Diaz.
Sungguhpun begitu, Khabib lebih berkemungkinan akan bertemu dengan bekas juara lightweight interim UFC, Tony Ferguson terlebih dahulu.
Pertarungan UFC 229 Ahad lalu menyaksikan Conor McGregor dikalahkan oleh Khabib menerusi 'submission' (kuncian) pada minit 3.03 pusingan keempat.
BACA: MMA: Khabib tundukkan McGregor, 'mengamuk' di UFC 229
Keputusan itu sekaligus mengekalkan takhta juara dunia lightweight UFC yang dipegang Khabib dan dia kini mempunyai rekod kemenangan 27-0.
Kejohanan UFC 230 dijadual akan diadakan pada 3 November depan di Madison Square Garden, New York, dan akan menyaksikan pertarungan kejuaraan heavyweight antara Daniel Cormier dan Derrick Lewis.
Topic Berkaitan
#Conor McGregor
#Dustin Poirier
#juara dunia
#Khabib Nurmagomedov
#MMA
#Nate Diaz
#seni bela diri campuran
#UFC
#UFC 229
#UFC 230
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan