awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nidzam Jamil letak jawatan, tidak lagi kemudi Selangor FC

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
30/10/2024
11:01 MYT
Nidzam Jamil letak jawatan, tidak lagi kemudi Selangor FC
Selangor FC mengumumkan Ketua Jurulatih pasukan itu, Nidzam Jamil telah meletakkan jawatannya, berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.
SHAH ALAM: Selangor FC mengumumkan Ketua Jurulatih pasukan itu, Nidzam Jamil, telah meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.
Menerusi kenyataan media dalam media sosial pasukan tersebut, The Red Giants memaklumkan Nidzam telah memohon untuk mengundur diri daripada mengemudi pasukan utama.
Berikutan permohonan tersebut, Selangor FC menghormati keputusan tersebut dan menerima peletakan jawatan jurulatih berusia 44 tahun itu.
Menurut kenyataan itu lagi, tugas Ketua Jurulatih pasukan utama akan digalas oleh Abdi Hassan secara interim sementara pasukan mendapatkan jurulatih baharu.
“Kelab ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Nidzam Jamil atas sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.
“Di bawah bimbingan bellau sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama, Selangor FC kini sedang berada di antara kelompok teratas liga, muncul naib juara Piala FA musim ini, serta menduduki tempat teratas Kumpulan H untuk saingan AFC Champions League Two.
“Beliau banyak memupuk semangat kompetitif di kalangan pemain, dan kepimpinan beliau memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi pasukan sehingga kini,” menurut kenyataan tersebut.
Selangor FC turut merakamkan penghargaan kepada Nidzam di atas segala sumbangan beliau selama ini.
“Selamat maju jaya dan terima kasih diucapkan kepada Nidzam Jamil atas segala sumbangan dan komitmen beliau kepada Selangor FC,” katanya.
Topic Berkaitan
#Selangor FC
#Nidzam Jamil
#letak jawatan
#ketua jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan