awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Noor Azman tidak bersalah, kembali galas tugas Setiausaha Agung - FAM

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2026
09:45 MYT
Noor Azman tidak bersalah,  kembali galas tugas Setiausaha Agung - FAM
FAM berkata, keputusan terbaharu ini menunjukkan bahawa Noor Azman hanya terkait dalam kecuaian pentadbiran dan tidak bersalah atau terlibat dalam hal pemalsuan dokumen. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan penggantungan Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman telah berakhir, dan beliau kembali menggalas tugasnya berkuat kuasa serta-merta.

Ringkasan AI
  • Penggantungan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, diumumkan telah berakhir dengan beliau kembali menjalankan tugasnya selepas keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM.
  • FAM menyatakan bahawa Noor Azman terlibat dalam kecuaian pentadbiran sahaja tanpa kesalahan atau keterlibatan dalam pemalsuan dokumen.
  • Keputusan terbaru menunjukkan bahawa beliau dibebaskan daripada penggantungan selepas Jawatankuasa Tatatertib FAM meneliti tempoh penggantungan dan laporan IIC.

Dalam satu kenyataan hari ini, FAM berkata, ia adalah keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bermesyuarat semalam.
FAM berkata, keputusan terbaharu ini menunjukkan bahawa Noor Azman hanya terkait dalam kecuaian pentadbiran dan tidak bersalah atau terlibat dalam hal pemalsuan dokumen.
"Terdahulu, Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 22 Disember 2025 telah membincangkan hasil laporan daripada Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) dan ketika itu membuat keputusan meneruskan penggantungan Datuk Noor Azman (sejak 17 Oktober 2025) bagi membawa kes tersebut ke Jawatankuasa Tatatertib FAM bagi tindakan lanjut.
"Justeru, Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Baljit Singh Sidhu telah bermesyuarat dan setelah mengambil kira tempoh penggantungan yang telah dikenakan ke atas beliau dan juga laporan IIC bertarikh 15 Disember 2025, memutuskan untuk mengembalikan Datuk Noor Azman kepada tugasnya sebagai Setiausaha Agung FAM berkuat kuasa serta-merta," katanya.
Topic Berkaitan
#FAM
#Setiausaha Agung FAM
#Noor Azman Rahman
#skandal dokumen pemain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan