awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024

Bernama
Bernama
29/04/2024
20:40 MYT
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin pasrah jika terpaksa melepaskan peluang ke Paris, namun berjanji akan kembali lebih bersemangat untuk memburu slot ke temasya di Los Angeles 2028. - Foto BERNAMA
SEPANG: Atlet pelayaran negara Nur Shazrin Mohamad Latif kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis baru-baru ini.
Atlet berusia 26 tahun itu memberi bayangan tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' diberikan oleh pasukan perubatan berikutan tiga jarinya iaitu jari tengah, manis dan kelengkeng tidak dapat digunakan dengan baik.
Menurut Nur Shazrin, ini merupakan kecederaan kali kedua selepas Sukan Asia Hangzhou 2022.
"Saya ada (sakit) ligamen (dan) saraf tersepit. Lepas suntikan pun (tidak baik). Jadi balik baru jumpa doktor. Kali pertama dulu siku, kemudian pergelangan tangan dan sekarang melarat tiga jari, jadi tak boleh nak genggam dan kebas.
"Sudah tentu ia ganggu (sebab) tangan kanan dan kali ini setiap hari kekuatan angin 25 knot, jadi agak bergelut dengan tangan (sampai) tiga hari. Hari keempat tak boleh guna (sebab) tak boleh nak genggam," katanya kepada pemberita selepas pulang dari kejohanan di Perancis itu, pada Isnin.
Menurut atlet kelahiran Johor itu, pemeriksaan lanjut akan dijalankan selewat-lewatnya pada 17 atau 20 Mei ini.
Beliau yang mengutamakan kesihatan diri pasrah jika terpaksa melepaskan peluang ke Paris, namun berjanji akan kembali lebih bersemangat untuk memburu slot ke temasya di Los Angeles 2028.
Terdahulu, Nur Shazrin mengesahkan tiket ke Paris 2024 selepas meraih pingat emas di China dalam kategori Handed Dinghy ILCA 6.
Untuk rekod, Nur Shazrin menduduki tempat ke-33 pada penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Rio 2016 dan tempat ke-26 di Tokyo 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#atlet pelayaran
#Nur Shazrin Mohamad Latif
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan