awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik naib juara kumpulan, tewas kepada China

Astro Arena
Astro Arena
29/07/2024
22:20 MYT
Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik naib juara kumpulan, tewas kepada China
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, muncul naib juara Kumpulan A, Sukan Olimpik Paris 2024 apabila tewas kepada gandingan pilihan utama dari China. - stadiumastro
PARIS: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, muncul naib juara Kumpulan A, Sukan Olimpik Paris 2024 apabila tewas kepada gandingan pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, dalam perlawanan padat aksi di Porte de la Chapelle Arena sebentar tadi.
Aaron dan Wooi Yik bermula perlahan dalam set pertama dan mereka pada satu ketika membenarkan lawan untuk memperoleh enam mata berturut-turut untuk ketinggalan 10-17.
Bagaimanapun, mereka bangkit menghapuskan lima mata akhir lawan untuk mengikat kedudukan 20-20 sebelum akur tewas 24-22.
Aksi dalam set kedua pula jelas menjadi milik lawan, di mana Aaron dan Wooi Yik tewas 14-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 41 minit.
Walaupun pasangan negara itu tewas kepada wakil China namun mereka sudah layak untuk beraksi di pentas suku akhir.
Aaron-Wooi Yik mengakhiri saingan kumpulan A di tempat kedua manakala wakil China itu dinobatkan sebagai juara.
Berdasarkan rekod, kekalahan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik kini tewas tiga perlawanan dalam sembilan pertemuan dengan wakil China berkenaan.
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#China
#Olimpik
#Sukan Olimpik Paris 2024
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan