awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Tokyo: Peng Soon-Liu Ying gagal lakar kebangkitan

Astro Arena
Astro Arena
24/07/2021
12:39 MYT
Olimpik Tokyo: Peng Soon-Liu Ying gagal lakar kebangkitan
Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas 1-2 kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dalam aksi Kumpulan D, Sukan Olimpik Tokyo. - Foto Astro ARENA
KUALA LUMPUR: Usaha beregu campuran badminton negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, untuk melakar kebangkitan tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, dalam aksi Kumpulan D, Sukan Olimpik Tokyo sebentar tadi.
Dalam aksi di Gelanggang 2, Musashino Forest Plaza itu, Peng Soon dan Liu Ying bermula dengan langkah kiri apabila tewas 18-21 dalam set pertama.
Bagaimanapun, pemenang pingat perak edisi di Rio pada 2016 itu mempamerkan aksi yang jauh lebih baik sambil memanfaatkan setiap kesilapan lawan untuk menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-10 dalam set kedua.
Hasrat pasangan negara itu untuk bangkit memperoleh kemenangan dalam set penentuan ternyata terlalu sukar untuk akur menamatkan pertarungan selama sejam dan empat minit itu dengan kekalahan 16-21.
Seterusnya, Peng Soon dan Liu Ying akan membawa misi wajib menang menentang wakil Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich, pagi esok.
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Tokyo
#badminton
#Olimpik
#sukan
#Chan Peng Soon
#Goh Liu Ying
#badminton beregu campuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan