awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan Piala Sudirman kini lebih bersemangat - Frost

Bernama
Bernama
01/05/2015
14:04 MYT
Pasukan Piala Sudirman kini lebih bersemangat - Frost
MORTEN FROST: Apabila saya berada di gelanggang (Stadium Juara) setiap hari, saya dapat merasakan bahangnya...mood dan motivasi benar-benar semakin memuncak (dalam kalangan pemain). - Gambar Fail
Persiapan skuad badminton negara bagi menghadapi Piala Sudirman kini lebih bersemangat dengan kehadiran bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, kata pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen.
"Memang bagus beliau kembali semula. Sekarang, beliau (Chong Wei) ialah anggota sepenuh masa pasukan... itu memang elok. Saya yakin beliau juga gembira untuk kembali," kata Frost kepada pemberita ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini, hari ini.
Hari ini merupakan hari pertama Chong Wei kembali menjalani latihan setelah digantung lapan bulan selepas didapati positif dexamethasone iaitu bahan terlarang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen pada Ogos lepas.
Chong Wei ialah antara pemain paling awal yang muncul pada sesi latihan di Stadium Juara sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi Piala Sudirman di Dongguan, China dari 10 hingga 17 Mei.
BAM menamakan 14 pemain bagi mengalas cabaran Piala Sudirman dan Chong Wei dilantik sebagai ketua pasukan untuk skuad Malaysia.
"Apabila saya berada di gelanggang (Stadium Juara) setiap hari, saya dapat merasakan bahangnya...mood dan motivasi benar-benar semakin memuncak (dalam kalangan pemain). Ia cukup hebat apabila menyaksikan semua pemain memberi komitmen tambahan.
"Ini yang diperlukan untuk menjadi pemain bertaraf dunia. Dan, saya rasa inilah yang kita peroleh pada masa ini dan saya amat menyukainya," kata Frost.
Bagi Piala Sudirman, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan 1D bersama juara tiga kali, Korea Selatan, dan India.
Skuad negara akan berlepas ke China pada Rabu ini.
Topic Berkaitan
#BAM
#Lee Chong Wei
#Morten Frost Hansen
#Persatuan Badminton Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan