awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pau Marti persoal tindakan FAM umum jurulatih baharu

Sinar Harian
Sinar Harian
19/12/2024
06:46 MYT
Pau Marti persoal tindakan FAM umum jurulatih baharu
Pau Marti Vicente berkata, tindakan mengumumkan jurulatih baharu ketika ini disifatkannya sebagai tidak memberikan sebarang manfaat kepada pasukan negara.
PENGENDALI Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui pelik dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan jurulatih baharu ketika skuad negara masih mengharungi kejohanan Piala ASEAN.
Menurutnya, tindakan mengumumkan jurulatih baharu ketika ini disifatkannya sebagai tidak memberikan sebarang manfaat kepada pasukan negara.
"Saya tidak nampak apa-apa manfaat mengumumkan jurulatih baharu ketika kami masih berada di sini," katanya dalam sidang akhbar praperlawanan pada Khamis.
Sebelum ini, Pau Marti telah membuat keputusan untuk meninggalkan Harimau Malaya selepas berakhirnya saingan Piala ASEAN.
FAM telah mengumumkan Peter Cklamovski sebagai pengendali baharu Harimau Malaya pada Isnin lalu dan akan memulakan tugas secara rasmi pada Januari nanti.
Bagaimanapun, Pau Marti tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara tersebut.
Sebaliknya, beliau tekad memastikan Malaysia berjaya untuk mara sejauh mungkin dalam edisi Piala ASEAN kali ini.
"Kami tidak boleh mengawal perkara ini.
"Apa yang boleh kami lakukan adalah berlatih dan tunjukkan di atas padang. Ini yang kami akan fokus dan pastikan pemain bersedia untuk menghadapi Singapura.
"Kerana, jika kami menghabiskan banyak masa memikirkan mengenai perkara tidak sepatutnya, ia tidak memberikan manfaat," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pau Marti
#harimau Malaya
#jurulatih baharu
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan