awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pearly dapat beraksi di Terbuka Denmark, Anna alami kecederaan ACL

Bernama
Bernama
07/10/2022
23:00 MYT
Pearly dapat beraksi di Terbuka Denmark, Anna alami kecederaan ACL
Pemain beregu wanita negara, pasangan Anna-Mei Xing (kiri) dan Pearly-Thinaah (kanan) ketika beraksi dalam kejohanan badminton sebelum ini. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita negara Pearly Tan disahkan dapat beraksi di Terbuka Denmark 2022 di Odense dari 18 hingga 23 Okt ini.
Berita gembira itu disahkan oleh Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky ketika ditanya mengenai status terkini pemain tersebut.
"Ya (memang Pearly dapat beraksi)," katanya kepada Bernama dalam jawapan ringkas menerusi Whatsapp semalam.
Rexy berkata selain Terbuka Denmark pasangan nombor 11 dunia itu akan bersaing dalam Terbuka Perancis 2022 di Paris pada 25-30 Okt.
Pengesahan itu sekali gus membuatkan pasangan Pearly iaitu M. Thinaah terpaksa melupakan sambutan Deepavali yang bakal diraikan pada 24 Okt ini.
Sebelum ini, peluang gandingan utama negara itu untuk beraksi di kejohanan Eropah agak samar-samar kerana Pearly masih dalam proses pemulihan susulan kecederaan hamstring dialaminya di Terbuka Jepun awal bulan lepas.
Pada Terbuka Denmark, Pearly-Thinaah akan berdepan pasangan Thailand, Supissara Paewsampran-Puttita Suppajirakul diikuti menentang juara Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia pada Terbuka Perancis.
Di sebalik kegembiraan Pearly itu, nasib sama tidak menyebelahi seorang lagi pemain beregu wanita negara, Anna Cheong Ching Yik selepas berita terkini menyatakan beliau mengalami ligamen krusiat anterior (ACL) pada lutut kanannya.
Anna berkata kecederaan ACL yang dialaminya sekali gus memberi tanda tanya mengenai peluang beliau untuk beraksi dalam Terbuka Hylo 2022 di Saarbrucken, Jerman pada 1-6 Nov bergandingan dengan Teoh Mei Xing.
"Saya dapat tahu ACL selepas cedera terpijak kaki seorang pemain ketika sesi latihan baru-baru ini, bila lakukan imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) pasukan perubatan mengesan saya mungkin kena ACL ini sudah lama," katanya.
Bagaimanapun, Anna berkata buat masa ini tiada pembedahan diperlukan untuk pulih daripada ACL sebaliknya beliau dinasihatkan supaya menjalani proses rehabilitasi untuk menguatkan otot bagi melindungi kecederaannya daripada menjadi bertambah teruk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Denmark 2022
#Pearly Tan
#Rexy Mainaky
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan