awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pearly kian pulih, sedia beraksi pada Piala Sudirman - Jones

Bernama
Bernama
08/05/2023
17:05 MYT
Pearly kian pulih, sedia beraksi pada Piala Sudirman - Jones
Pada September lepas, Pearly mengakhiri perjuangannya bersama Thinaah setakat pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2022 selepas mengalami kecederaan lutut kiri. - Gambar fail/www.bam.org.my
KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita negara Pearly Tan kian beransur pulih sekali gus sedia beraksi bersama gandingannya M Thinaah pada Kejohanan Badminton Piala Sudirman di Suzhou, China pada 14 hingga 21 Mei ini.
Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Dr Tim Jones yang memaklumkan perkembangan terbaharu itu berkata walaupun Pearly tidak dapat diturunkan dalam simulasi kejohanan Piala Sudirman semalam, namun beliau yakin pemain berusia 23 tahun itu mampu pulih sepenuh menjelang kejohanan itu.
"Dia mengalami sedikit kekejangan leher sejak Jumaat lepas. Dia masih belum 100 peratus pulih tetapi tiada sebab untuk mengambil risiko ke atasnya dan menjadikan keadaan lebih buruk.
Adalah lebih penting untuk memastikan beliau bersedia minggu depan. Ia tidak membimbangkan kerana kami berjaya menguruskan segalanya dengan baik," katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, di sini hari ini.
Pada September lepas, Pearly mengakhiri perjuangannya bersama Thinaah setakat pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2022 selepas mengalami kecederaan lutut kiri.
Jones dalam masa sama menyifatkan barisan pemain yang menggalas tugas di Suzhou nanti, berpeluang untuk merealisasikan sasaran mara ke separuh akhir seperti yang ditetapkan BAM.
"Kami perlu mendapatkan semangat berpasukan yang tepat kerana ia akan membawa kami mara ke depan," katanya.
Pada saingan Piala Sudirman, skuad negara diundi dalam Kumpulan C bersama Taiwan, India dan Australia dengan Malaysia perlu menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan pertama atau kedua untuk mara ke saingan suku akhir.
Skuad negara tidak pernah merangkul kejuaraan sepanjang pembabitan dalam kejohanan itu yang dipertandingkan sejak 1989 dengan pencapaian terbaik negara ialah beraksi di peringkat separuh akhir pada 2009 dan 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#Piala Sudirman
#kekejangan leher
#mengambil risiko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan