awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pearly Tan-M Thinaah naib juara Terbuka Artik, semangat juang harus dipuji

Khalis Khadir
Khalis Khadir
13/10/2024
15:11 MYT
Pearly Tan-M Thinaah naib juara Terbuka Artik, semangat juang harus dipuji
Pearly Tan-M Thinaah cuba bangkit pada permainan kedua apabila berjaya menyaingi mata demi mata namun terpaksa akur dengan kekuatan China dan kalah 21-17. - Bernama
KUALA LUMPUR: Hasrat beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah menyambar kejuaraan kedua tahun ini gagal apabila tewas kepada wakil China, Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam kejohanan Terbuka Artik pada Ahad.
Mereka yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan terpaksa akur dengan ketangkasan aksi dipamerkan pasangan beregu wanita nombor dua dunia itu dalam pertarungan selama 58 minit.
Namun kesungguhan untuk bangkit dan mentaliti juara yang dipamerkan pasangan negara perlu dipuji walaupun kecundang set pertama 12-21.
Mereka cuba bangkit pada permainan berikutnya apabila berjaya menyaingi mata demi mata namun terpaksa akur dengan ketangkasan China apabila kalah 21-17.
Ia adalah kekalahan kelima buat gandingan kelapan dunia itu di tangan Sheng Shu-Ning daripada lapan pertemuan dengan rekod kemenangan kini terus memihak kepada gandingan China, 5-3.
Pada September lalu, Pearly-Thinaah meraih kejuaraan Terbuka Hong Kong selepas menewaskan lawan sama yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 dengan straight set, 21-14, 21-14.
Pearly-Thinaah selepas ini dijadual menyertai Terbuka Denmark yang berstatus Super 750 dari 15 hingga 20 Oktober ini di Odense, Denmark.
Topic Berkaitan
#Terbuka Artik
#Pearly Tan
#M Thinaah
#naib juara
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan