awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain Harimau Malaya seru rakyat Malaysia agar duduk di rumah

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
21/03/2020
00:30 MYT
Pemain Harimau Malaya seru rakyat Malaysia agar duduk di rumah
Selain Aidil Zafuan, video tersebut turut menampilkan Farizal Marlias, Norshahrul Idlan Talaha, Danial Amier Norhisham dan ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe.
Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan telah dikeluarkan pada Isnin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membendung penularan COVID-19, namun masih ada masyarakat Malaysia yang ingkar dengan arahan tersebut.
Melihat kedegilan rakyat Malaysia terhadap arahan tersebut, pemain bola sepak negara mengambil inisiatif untuk melakukan video ringkas pengumuman perkhidmatan awam (PSA) mengajak rakyat Malaysia mematuhi undang-undang yang dilaksanakan kerajaan.
Kapten dan pemain pertahanan Harimau Malaya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dalam video ringkasnya menyeru semua peminat bola sepak serta rakyat Malaysia untuk terus duduk di rumah.
"Kepada semua penyokong bola sepak Malaysia, saya ingin menyeru supaya kita semua stay at home dan sama-sama kita ikut arahan kerajaan.
"Kita sama-sama berganding bahu untuk menangani masalah virus COVID-19," katanya melalui sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Football Association of Malaysia (FAM).
Selain Aidil Zafuan, video tersebut turut menampilkan pesanan daripada Farizal Marlias, Norshahrul Idlan Talaha, Danial Amier Norhisham dan ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut dilaksanakan selama 14 hari bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.
Setakat ini, jumlah positif jangkitan COVID-19 di Malaysia mencatatkan 1,030 kes, dengan 26 daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Topic Berkaitan
#Aidil Zafuan
#bola sepak
#COVID-19
#harimau Malaya
#We Belang Together
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan