awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain Sepanyol disabit lakukan serangan seksual didenda RM29,000

Astro Arena
Astro Arena
13/09/2024
02:30 MYT
Pemain Sepanyol disabit lakukan serangan seksual didenda RM29,000
Aksi Hugo Mallo ketika perlawanan separuh akhir pusingan kedua Copa Libertadores di Stadium Beira Rio, Porto Alegre, Brazil, 4 Okt 2023. - Gambar fail AP
PEMAIN bola sepak Sepanyol, Hugo Mallo, telah disabitkan dengan serangan seksual kerana menyentuh wanita yang berpakaian sebagai maskot sebelum perlawanan LaLiga pada 2019.
Bekas pemain Celta Vigo itu didapati telah menyentuh payudara wanita yang memakai kostum burung parkit Espanyol semasa pemain berbaris untuk memberi hormat antara satu sama lain sebelum sepak mula.
Mallo didenda EURO6,000 (RM29,000) dan diperintah untuk membayar RM4,800 sebagai ganti rugi kepada mangsa.
Mallo yang berusia 33 tahun itu menegaskan tidak bersalah dan berkata dia merancang untuk merayu hukuman itu. Dia menyiarkan video kejadian itu di Instagram.
"Saya menafikan secara mutlak fakta yang dikaitkan dengan saya dalam keputusan itu," katanya.
"Saya mengaku semasa berpaling selepas menghulurkan salam bahawa tangan saya boleh menyentuh pinggang burung parkit itu, tetapi saya menafikan sama sekali ia menyentuh payudara burung parkit itu."
Kes itu pada mulanya ditolak tetapi keputusan itu telah dibatalkan atas rayuan.
Pada masa itu, Mallo menyiarkan satu kenyataan di Instagram menyeru 'hormat' dan menunjukkan bahawa Celta mahupun Espanyol tidak menemui bukti kesalahan.
Mallo juga perlu membayar kos undang-undang prosiding itu. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Hugo Mallo
#serangan seksual
#sentuh payudara
#maskot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan