awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemenang pingat Paris 2024 terima ganjaran penajaan dalam tempoh dua bulan - RTG

Bernama
Bernama
20/09/2025
23:40 MYT
Pemenang pingat Paris 2024 terima ganjaran penajaan dalam tempoh dua bulan - RTG
Datuk Stuart Ramalingam, Penyelaras Program RTG. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Program Road To Gold (RTG) mengesahkan semua atlet negara yang memenangi pingat di Sukan Olimpik Paris 2024 dan memenuhi syarat penajaan menerima ganjaran masing-masing dalam tempoh dua bulan.
Dalam satu kenyataan semalam, RTG memaklumkan pihaknya menerima beberapa tawaran penajaan khusus bagi menghargai atlet negara yang meraih pingat di Paris, selain memastikan semua tawaran direkodkan bagi melindungi hak atlet terbabit.
Penyelaras Program RTG Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan semua kepentingan komersial atlet dilindungi sepanjang temasya Olimpik berkenaan.
"Kami memastikan setiap tawaran penajaan yang diterima diuruskan dengan teratur, tanpa mengira keputusan di Olimpik.
"Dengan begitu banyak kepentingan membabitkan atlet, adalah penting kami menjamin mereka tidak terlepas peluang sebaik sahaja memenuhi syarat penajaan, selain memastikan semua pihak jelas dengan hak serta tanggungjawab masing-masing demi melindungi kepentingan bersama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Road to Gold
#Sukan Olimpik Paris 2024
#stuart ramalingam
#Ganjaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan