awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjur bersama Sukan SEA 2027 satu pelaburan buat Sarawak - Abang Johari

Bernama
Bernama
28/10/2024
01:10 MYT
Penganjur bersama Sukan SEA 2027 satu pelaburan buat Sarawak - Abang Johari
Abang Johari (tengah) menjangkakan, negeri berkenaan bakal mempunyai syarikat penerbangan sendiri menjelang temasya sukan dwitahunan itu, sekali gus memberi peluang negara-negara ASEAN mengenali Sarawak dengan lebih dekat. - Gambar UKAS
KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak melihat peranannya selaku penganjur bersama temasya Sukan SEA 2027 sebagai satu pelaburan yang boleh meningkatkan profil negeri itu di seluruh Asia Tenggara.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menjangkakan, negeri berkenaan bakal mempunyai syarikat penerbangan sendiri menjelang temasya sukan dwitahunan itu, sekali gus memberi peluang negara-negara ASEAN mengenali Sarawak dengan lebih dekat.
"Pada saya, ini (tuan rumah bersama Sukan SEA 2027) adalah satu lagi bentuk pelaburan, kerana seperti yang kita tahu ia melibatkan beberapa negara dan kami mahu berkongsi pembangunan kami melangkaui sempadan Sarawak malah juga di luar Malaysia," katanya.
Berucap pada Malam Apresiasi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, di sini, malam tadi, Abang Johari turut menggesa rakyat Sarawak melihat Sukan SEA 2027 sebagai platform untuk mempamerkan keupayaan mereka dalam menganjurkan acara besar.
"Biarlah mereka (negara jiran Asia Tenggara) melihat apa yang kita boleh capai. Apabila diberikan tugas, kami akan laksanakannya dengan profesionalisme dan kejayaan - itu moto kami," katanya.
Pada upacara penutup SUKMA 2024 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan kerajaan untuk menjadikan Sarawak sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Beliau berkata, ia susulan penganjuran luar biasa Sarawak bagi acara temasya sukan dwitahunan kebangsaan itu yang disifatkannya sebagai antara yang terbaik dalam sejarah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA 2027
#Sarawak
#tuan rumah Sukan SEA
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan