awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjuran MOUT promosi pelancongan sukan, rekreasi luar bandar

Bernama
Bernama
17/09/2023
20:40 MYT
Penganjuran MOUT promosi pelancongan sukan, rekreasi luar bandar
Datuk Zaidi Attan (berdiri lima, kanan) bergambar bersama pemenang selepas menyempurnakan acara penyampaian hadiah Program Mount Ophir Ultra Trail (MOUT) 2023 di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan. - Foto BERNAMA
JASIN: Program Mount Ophir Ultra Trail (MOUT) Melaka di Asahan, berpotensi dijadikan sebagai hab penganjuran acara bagi mempromosi subsektor pelancongan sukan dan rekreasi, terutamanya di kawasan luar bandar.
Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan Melaka, Datuk Zaidi Attan berkata, kerajaan negeri juga, akan menyasarkan acara larian denai itu sebagai salah satu produk ikonik, sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
"Acara sukan lasak ini juga dilihat sebagai 'pemanas badan' TMM2024, selain akan disenaraikan dalam segmen bulan bertemakan sukan, yang mempunyai pelbagai kategori acara larian seperti di gunung, pulau dan pantai.
"Bagi sesi kali ini pihak jawatankuasa akan mengkaji dan menilai untuk merancang mengadakan program tersebut dalam skala lebih besar, iaitu melibatkan sekurang-kurangnya 1,500 peserta selain aktiviti larian mengelilingi kaki gunung," katanya kepada pemberita, di sini, pada Ahad.
Acara MOUT 2023 yang berlangsung selama dua hari tersebut, disertai 800 pelari tempatan dan luar negara dengan membabitkan kategori Ultra Trail 50 kilometer (km), Challenger 25KM dan Leisure 10KM.
Acara itu juga menarik minat penyertaan pelari dari luar negara seperti Australia, Nepal, Singapura, Filipina, Vietnam, Korea Selatan, Jepun, Thailand, Hong Kong, Indonesia, China, United Kingdom dan Uganda. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOUT
#pelancongan sukan
#Mount Ophir Ultra Trail
#Asahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan