awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong Arsenal tersilap 'serang' hotel penginapan City

Sinar Harian
Sinar Harian
16/05/2024
00:30 MYT
Penyokong Arsenal tersilap 'serang' hotel penginapan City
Penyokong Arsenal menyalakan bunga api dalam usaha mengganggu fokus pemain City. - Foto Agensi/Sinar Harian
PENYOKONG Arsenal malu besar apabila tersilap 'menyerang' hotel penginapan yang dikatakan menempatkan pemain Manchester City.
Difahamkan, penyokong Arsenal cuba melancarkan serangan psikologi ke atas pemain City yang berkunjung ke utara London untuk aksi menentang Tottenham Hotspur.
Menurut pertahanan City, Kyle Walker, beberapa penyokong Arsenal menyalakan mercun di hadapan Hotel Delta, Waltham Abbey dengan harapan pemain The Citizens tidak cukup tidur untuk pertemuan menentang Spurs.
“Penyokong Arsenal membakar mercun tapi kami tiada di lokasi. Mereka gagal mengganggu kami,” ujarnya.
Laporan beberapa portal di United Kingdom (UK), kumpulan yang dikenali sebagai The Ashburton Army melepaskan bunga api di kawasan sekitar Hotel Marriot di Waltham Abbey, London sekitar jam 2 pagi.
Arsenal ultra fans set off fireworks at 2am outside the hotel they thought the Man City squad were staying at Turns out the Man City squad werent even in that hotel as they are due to travel up to London this morning pic.twitter.com/wh5gB1dtJk
— London & UK Street News (@CrimeLdn) May 14, 2024
Sementara itu, rata-rata komen di media sosial memperlekeh tindakan penyokong Arsenal berkenaan dan menganggap ia sebagai perbuatan yang sia-sia.
Arsenal kini berharap City seri atau tewas pada aksi terakhir mereka menentang West Ham dan mereka pula menang ke atas Everton di Emirates Ahad ini untuk muncul juara EPL buat kali pertama sejak 2003. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Manchester City
#EPL
#penyokong Arsenal bakar mercun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan