awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni

Bernama
Bernama
13/05/2024
07:20 MYT
Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni
Azizulhasni (kanan) menyifatkan saingan Piala Trek Jepun II yang diharunginya baru-baru ini telah memberi nilai tambah untuk persiapan beliau ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 Julai ini.
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menyifatkan saingan Piala Trek Jepun II yang diharunginya baru-baru ini telah memberi nilai tambah untuk persiapan beliau ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 Julai ini.
Pelumba yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu berkata, pihaknya dan pasukan berpuas hati dengan prestasi yang dicapai pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu di Shizuoka, Jepun itu.
Beliau berkata, prestasinya juga masih boleh dipertingkatkan dalam tempoh berbaki 86 hari sebelum temasya sukan berprestij itu berlangsung.
"Objektif utama ke kejohanan ini adalah untuk mendapatkan perlumbaan bertaraf tinggi bagi mengukur tahap prestasi semasa dan juga latihan situasi perlumbaan.
"Rumusan keseluruhan pertandingan, saya dan jurulatih gembira dengan prestasi semasa serta catatan masa yang dilakukan pada perlumbaan di sini," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik melalui laman Facebook pada Isnin.
Semalam, Mohd Azizulhasni memperoleh pingat gangsa dalam final keirin lelaki selepas terpaksa akur dengan kehebatan dua pelumba tuan rumah yang menyaksikan Kaiya Ota meraih emas dan perak menjadi milik Kento Yamasaki.
Beliau sebelum itu turut meraih gangsa bagi acara pecut lelaki apabila juara menjadi milik Ota, manakala perak disambar seorang lagi pelumba Jepun Yuta Obara pada Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Jepun
#olimpik paris
#persediaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan