awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesaing Sukan Asia dilarang minum arak di perkampungan atlet

Reuters
Reuters
28/08/2018
06:22 MYT
Pesaing Sukan Asia dilarang minum arak di perkampungan atlet
Antara perkampungan atlet Sukan Asia 2018 di Palembang, Indonesia. - REUTERS
Para atlet yang bersaing dalam Sukan Asia di Indonesia dilarang daripada minum arak di penginapan mereka di Jakarta dan Palembang, dua bandar tuan rumah kejohanan tersebut.
Menurut Timbalan Pengarah Kanan, Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC), Harry Warganegara, atlet yang tewas dalam sukan masing-masing atau sudah selesai bertanding, biasanya akan beralih kepada arak bagi melegakan perasaan mereka.
"Mereka yang membawa masuk arak dari luar perkampungan atlet akan diperiksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk. Kami telah merampas banyak botol dan tin bir yang atlet cuba bawa masuk dari luar," Reuters memetik Warganegara sebagai berkata.
Katanya, sesetengah ketua misi juga tidak mampu mengawal atlet mereka. Oleh itu, para pegawai juga dilarang membawa masuk arak ke dalam premis tersebut.
Menurutnya lagi, jawatankuasa penganjur Indonesia sedang menguatkuasakan satu peraturan Majlis Olimpik Asia yang melarang penggunaan arak di perkampungan atlet.
Indonesia, yang mempunyai populasi Islam terbesar di dunia, mengenakan kadar cukai tinggi bagi arak yang diimport namun ia senang didapati di bandar-bandar dan kawasan pelancongan.
Sukan Asia 2018 berlangsung sehingga 2 Sept.
Topic Berkaitan
#alkohol
#arak
#atlet sukan asia
#Indonesia
#Sukan Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan