awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia: Bertrand-Enrique duduki tempat kesembilan acara 10 meter platform seirama

Bernama
Bernama
04/03/2024
02:10 MYT
Piala Dunia: Bertrand-Enrique duduki tempat kesembilan acara 10 meter platform seirama
Bertrand Rhodict Lises dan Enrique Maccartney Harold ketika beraksi dalam Kejohanan Akuatik Dunia 2024 di Pusat Akuatik Hamad, Doha, Qatar, 8 Feb 2024. - Gambar fail REUTERS
KUALA LUMPUR: Gandingan penerjun negara Bertrand Rhodict Lises-Enrique Maccartney Harold gagal menyerlah dalam acara 10 meter (m) platform seirama lelaki apabila menduduki tempat kesembilan dalam Kejohanan Terjun Dunia Siri Pertama 2024 di Montreal, Kanada pada Ahad.
Bertrand-Enrique mengumpul 353.67 mata selepas enam pusingan terjun manakala Yang Hao-Lian Junjie dari China dinobatkan sebagai juara dengan meraih 457.23 mata dalam pertandingan yang berlangsung di Parc Olympique.
Gandingan dari Mexico Kevin Berlin Reyes-Randal Willards Valdez meraih perak dengan 428.97 mata dan pasangan Britain Noah Williams-Tom Daley mengumpul 417.93 mata meraih gangsa.
Semalam, Bertrand yang menyertai Sukan Olimpik 2024 memperoleh 389.85 mata untuk menduduki tempat ke-10 daripada 11 penerjun dalam acara akhir 10m platform lelaki.
Piala Dunia Terjun 2024 berlangsung dalam tiga siri.
Selepas Montreal, persaingan akan diadakan di Berlin dari 21-24 Mac diikuti dengan perlawanan akhir super di Xi'an, China dari 19-21 April depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Terjun Dunia Siri Pertama 2024
#penerjun negara
#Piala Dunia Terjun 2024
#Bertrand Rhodict Lises
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan