awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Sumbangsih: JDT vs TFC, ini ramalan SuperSyuk

Syukri Shaari
Syukri Shaari
24/02/2023
04:20 MYT
Piala Sumbangsih: JDT vs TFC, ini ramalan SuperSyuk
Saksikan siaran langsung perlawanan sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Terengganu di saluran 801 Astro ARENA pada jam 9 malam ini.
RAMALAN keputusan: JDT 3 - 1 TFC
Saingan Liga Malaysia membuka tirai malam ini dengan aksi Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
JDT juara sembilan kali liga sudah tentu mahu meneruskan dominasi bola sepak tempatan.
Untuk musim ini, JDT meningkatkan kekuatan pasukan dengan membawa masuk beberapa pemain berkualiti seperti penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi dan kembalinya penyerang berbisa, Diogo bersama skuad Harimau Selatan itu.
Terengganu pula kehilangan dua tonggak utama daripada skuad musim lalu iaitu Faisal Halim dan Tchetche Kipre, selain Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain yang berhijrah ke Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Namun TFC telah membawa masuk penyerang Thailand, Adisak Kraisorn dan penyerang Croatia, Ivan Mamut untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Faisal dan Kipre selain menguatkan pasukan.
Aksi di Stadium Sultan Ibrahim dijangka sengit dengan kedua-dua pasukan pastinya mahu memulakan kempen dengan cemerlang.
Namun JDT, yang memenangi Piala Sumbangsih lima musim berturut-turut dilihat mempunyai kelebihan. Apatah lagi beraksi di laman sendiri.

* Saksikan siaran langsung perlawanan sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Terengganu di saluran 801 Astro ARENA pada jam 9 malam ini. * Syukri Shaari merupakan penerbit Astro AWANI yang memberikan ulasan tentang Liga Bolasepak Malaysia menerusi slot 'Volley Bersama SuperSyuk'.
Topic Berkaitan
#Piala Sumbangsih
#JDT
#TFC
#Stadium Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan