awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafael Nadal buntu rawatan terbaik pulih masalah kaki

Astro Arena
Astro Arena
22/08/2021
20:55 MYT
Rafael Nadal buntu rawatan terbaik pulih masalah kaki
Reaksi Rafael Nadal dalam perlawanan tenis Citi Open bertemu Lloyd Harris, di Washington, 5 Ogos, 2021. (Foto AP)
RAFAEL Nadal secara dasarnya "lumpuh" sebelum mengumumkan akan terlepas baki saingan musim ini setelah bergelut sepanjang tahun ini, kata jurulatihnya, Carlos Moya. Juara 20 Grand Slam dan bekas pemain nombor satu dunia itu bakal terlepas Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang akan datang tetapi berharap dapat kembali pada tahun depan, tetapi Moya mengatakan timbul tanda tanya mengenai apakah rawatan terbaik terhadap masalah kaki yang dihadapi pemain berusia 35 tahun berkenaan. Dalam pengumumannya untuk menarik diri daripada sisa kempennya, Nadal menyatakan masalah kaki yang membelenggunya sejak 2005 telah mendorongnya keputusan pahit itu. Pemain Sepanyol itu berehat selepas tumpas kepada Novak Djokovic dalam separuh akhir Terbuka Perancis sebelum terlepas Terbuka Wimbledon dan Sukan Olimpik Tokyo 2020. Dia berusaha untuk kembali selepas bekerja keras tetapi kalah kepada pemain Afrika Selatan, Lloyd Harris, dalam perlawanan keduanya di Washington.
View this post on Instagram
A post shared by Rafa Nadal (@rafaelnadal)
Moya menjelaskan Nadal masih mampu memanjangkan kariernya sungguhpun sentuhannya diragui sejak 16 tahun lalu hasil penggunaan alas tapak kasut dan rawatannya. "Tetapi sesi latihannya pada tahun ini telah banyak berubah," kata Moya. "Dia tidak dapat melengkapkan latihannya dan kami harus mengubah dan meredakan keamatan kakinya dengan mempertimbangkan kejohanan yang akan disertainya. "Dia telah menderita selama berbulan-bulan dan kini dia tidak mampu bertahan lagi. Dalam perlawanan terakhir, dia beraksi dengan lemah lembut. "Pendekatan terbaik buatnya adalah berhenti, merehatkan kaki dan menyegarkan fikirannya." Bercakap dalam rancangan El Transistor do Onda Cero, Moya berkata: "Kecederaan ini tidak diketahui datang dari mana. Kami melakukan pemeriksaan lanjut tetapi tidak jelas apakah rawatan terbaiknya. "Objektif utama Rafa adalah untuk kembali dengan kakinya sembuh termasuk fikirannya kerana terpinggir sepanjang tahun ini tidak membantunya."
Topic Berkaitan
#tenis
#Rafael Nadal
#masalah kaki
#lumpuh
#jurulatih
#Carlos Moya
#rawatan
#Terbuka Amerika Syarikat
#Terbuka AS
#tapak kasut
#latihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan