awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Real Madrid tidak berhak tewas - Ancelotti

Astro Arena
Astro Arena
29/09/2021
02:10 MYT
Real Madrid tidak berhak tewas - Ancelotti
Pemain Sheriff, Bruno (dua kanan) berebut bola dengan Karim Benzema(kanan) dan rakan sepasukan Vinicius Junior (dua kiri), ketika perlawanan UCL kumpulan D antara Real Madrid dan Sheriff di stadium Bernabeu, Madrid, 28 Sept, 2021. (Foto AP)
KETUA jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, kecewa dengan salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Liga Juara-Juara (UCL), pengurus kelahiran Itali itu percaya pasukan tidak berhak tewas kepada pendatang baru Sheriff. Sheriff mencetus kejutan di Santiago Bernabeu, di mana pasukan yang membuat penampilan sulung dalam Liga Juara-Juara (UCL) dan pelawat dari Moldova merekodkan kemenangan 2-1 awal pagi tadi. Jasurbek Yakhshiboev membuka jaringan menerusi tandukan bertenaga sebelum Karim Benzema menyamakan kedudukan buat Real. Bagaimanapun, percubaan Sebastien Thill pada minit ke-89 memastikan tiga mata buat pelawat dalam perlawanan penuh dramatik di Madrid. Los Blancos melakukan 31 percubaan, menemui sasaran 11 kali, dan merekodkan 75 peratus kawalan permainan, manakala Sheriff hanya melakukan empat percubaan dan berjaya memastikan kemenangan di tempat lawan. Keputusan itu menyaksikan Real di tangga kedua dalam Kumpulan D, tiga mata di belakang Sheriff, yang memenangi dua perlawanan dalam pertandingan tersebut.
"Lebih daripada bimbang, kami bersedih," kata Ancelotti. "Kami bermain dengan intensiti dan kelihatan amat baik. Kami tewas kerana perkara yang terlalu remeh, walaupun telah bermain dengan baik. "Kami gagal menyempurnakan gerakan ketika menyerang tetapi sukar untuk menjelaskan sebab kami tewas. "Kami gagal merebut peluang mendapatkan tiga mata dan saigan kumpulan masih lagi terbuka. Kami perlu menang perlawanan seterusnya."
@MrAncelotti: "We are worried because with the match we played we could have won 3 points. But more than worried we are sad because I think the team did well. They played with intensity and sacrifice."#UCL pic.twitter.com/yvSZXrxKCi
— Real Madrid C.F. (@realmadriden) September 28, 2021
Topic Berkaitan
#Carlo Ancelotti
#Real Madrid
#UCL
#Sheriff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan