awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah FC nafi gaji pemain, pengurusan tertunggak tiga bulan - CEO

Bernama
Bernama
09/04/2021
07:13 MYT
Sabah FC nafi gaji pemain, pengurusan tertunggak tiga bulan - CEO
Firdaus berkata dalam tempoh tiga bulan mengambil alih, pihak pengurusan baharu pasukan itu sentiasa melakukan yang terbaik untuk memastikan Sabah FC berada pada landasan terbaik. - Bernama
KOTA KINABALU: Sabah FC hari ini menafikan kononnya berlaku kes tunggakan gaji selama tiga bulan dalam kalangan pemain dan anggota pengurusan skuad The Rhinos itu seperti tular di media sosial semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC Khairul Firdaus Akbar berkata pihaknya mengakui terdapat isu kelewatan pembayaran gaji, namun ia telah diselesaikan dan tidak pernah tertunggak lebih daripada sebulan.
Beliau berkata Sabah FC juga menyangkal dakwaan berlakunya perbuatan boikot dalam kalangan pemain pada sesi latihan petang semalam, sebaliknya beliau menjelaskan latihan telah selesai lebih awal dan pemain diminta berehat sebelum berlepas ke Pulau Pinang hari ini bagi menghadapi perlawanan seterusnya Liga Super.
"Kita mengesahkan bahawa komunikasi antara pengurusan dan pemain sangat baik...pihak pengurusan yakin selepas ini semuanya akan berjalan dengan lancar sekali gus mengelak masalah ini daripada berulang pada masa depan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tular di media sosial semalam dan turut dilaporkan media malam tadi, sesi latihan skuad The Rhinos petang semalam terbatal dipercayai ada kaitan dengan isu gaji pemain yang dikatakan tertunggak selama tiga bulan.
Firdaus berkata dalam tempoh tiga bulan mengambil alih, pihak pengurusan baharu pasukan itu sentiasa melakukan yang terbaik untuk memastikan Sabah FC berada pada landasan terbaik.
"Pihak pengurusan tidak pernah mengabaikan masalah yang dihadapi pemain sama ada di luar atau dalam padang sehingga menjejaskan prestasi Sabah FC," katanya.
Pada perlawanan Liga Super seterusnya hari ini, Sabah FC dijadual bertandang ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang berdepan Pulau Pinang FC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah FC
#pemain bola
#pengurusan
#the rhinos
#Khairul Firdaus Akbar
#tunggakan gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan