awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya mahu jadi legenda' - Latif Romly

Astro Arena
Astro Arena
13/09/2016
14:34 MYT
'Saya mahu jadi legenda' - Latif Romly
Latif berkata, dia seronok dapat bersaing dengan peserta yang lebih kuat daripadanya. - Foto Bernama
PEMENANG pingat emas acara lompat jauh T20, Abdul Latif Romly, bersedia andai namanya tersenarai untuk bersaing dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Pingat emas lompat jauh T20 menjadi milik Latif terhasil menerusi lompatan emasnya dengan catatan 7.60 meter, yang turut memecahkan rekod Paralimpik dunia, Ahad lalu.
Dia turut mencipta sejarah tersendiri menerusi tiga rekod dunia yang dilakukan ketika lompatan kedua, iaitu 7.47 meter, lompatan ketiga 7.54 meter dan 7.60 meter dalam lompatan kelima.
Jika mahu dikira kelayakan merit dalam Sukan SEA, Latif sudahpun layak tatkala dia mencipta rekod dunia kali kedua, iaitu 7.54 meter.
"Saya memang sasarkan beraksi dalam Sukan SEA 2017. Macam tak percaya sahaja.
"Tapi kalau jurulatih benarkan, saya akan turut serta," katanya.
Dengan rekod Paralimpik dunia 7.60 meter, Latif sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mencipta satu lagi sejarah baru bersaing dengan atlet normal.
Turut berada dalam sasarannya adalah mengejar rekod kebangsaan yang dipegang Josbert Tinus yang mencatat 7.88 meter.
Jika dibandingkan aksi serta rekod dunia Paralimpik yang dipegang Latif ketika ini, atlet berusia 19 tahun itu berkeupayaan untuk bersaing dengan atlet normal dari negara rantau Asia Tenggara yang lain.
"Seronok dapat bersaing dengan peserta yang lebih kuat daripada saya sebab saya nak timba pengalaman baru.
"Saya mahu jadi seorang legenda," tambahnya.
Latif mampu tergolong dalam kelompok pemenang Sukan SEA 2015 yang diungguli peserta Thailand, Supanara Sukhasvasti, dengan catatan 7.75 meter.
Topic Berkaitan
#Abdul Latif Romly
#lompat jauh
#Paralimpik
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan