awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan seksual dalam bilik mandi: Dani Alves ditahan polis Barcelona

Astro Arena
Astro Arena
21/01/2023
04:55 MYT
Serangan seksual dalam bilik mandi: Dani Alves ditahan polis Barcelona
Alves, 39, turut pernah mewakili Paris Saint-Germain (PSG) dan Sevilla, sebelum kembali ke pangkuan Barcelona musim lalu. - Fail/Stadium Astro
DANI ALVES ditahan pihak polis malam tadi atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita dalam bilik mandi sebuah kelab malam.
Bekas bek kanan Barcelona dan Brazil itu memberikan keterangannya kepada pasukan polis Mossos d'Esquadra sebelum pihak pendakwa raya memohon untuk dia ditahan tanpa boleh dijamin.
Agensi berita Sepanyol, EFE, melaporkan bahawa permohonan itu, termasuk pendakwaan peribadi daripada mangsa, akan diserahkan kepada hakim penyiasatan untuk menentukan sama ada Alves akan ditahan di penjara sepanjang siasatan itu dijalankan atau tidak.
Alves, 39, turut pernah mewakili Paris Saint-Germain (PSG) dan Sevilla, sebelum kembali ke pangkuan Barcelona musim lalu. Dia kemudian menyertai kelab Mexico, Pumas UNAM.
Insiden yang sedang dalam siasatan itu dilaporkan berlaku pada malam 30 Disember lalu.
Dalam satu video yang dikeluarkan penyiar Sepanyol, Antena 3, awal bulan ini, Alves menafikan bahawa dia menyerang wanita berkenaan. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#dani alves
#ditahan polis
#serangan seksual
#barcelona
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan