awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahidan Kassim letak jawatan dari FAM

Bernama
Bernama
01/02/2013
11:43 MYT
Shahidan Kassim letak jawatan dari FAM
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim meletak jawatan dalam dua jawatankuasa kecil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas menerima surat pertuduhan daripada badan induk itu mendakwa beliau membuat kenyataan kepada media yang menyentuh kepimpinan FAM.
Beliau menerima surat itu hari ini, yang memintanya mengemukakan surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya. Shahidan, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Perlis, berkata beliau tidak akan menjawab surat itu sebaliknya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai anggota jawatankuasa kewangan dan anggota jawatankuasa bola sepak wanita FAM.
"Saya juga berhasrat untuk meletak jawatan sebagai Presiden PFA, tetapi buat masa ini, saya perlu menjadi penasihat kepada persatuan tersebut untuk membantu mencari wang bagi membayar gaji pemain dalam skuad negeri sekarang.
"Keputusan muktamad mengenai perkara ini (peletakan jawatan) akan diumumkan beberapa hari lagi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#FAM
#letak jawatan
#Shahidan Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan