awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Olimpik Tokyo: MOM ada perancangan baru

Astro Arena
Astro Arena
24/07/2020
14:00 MYT
Sukan Olimpik Tokyo: MOM ada perancangan baru
Datuk Seri Norza Zakaria, miliki perancangan baru selepas temasya terbesar itu ditunda selama setahun. - Gambar fail/BERNAMA
HARI INI, 24 Julai 2020, sepatutnya menyaksikan bandaraya Tokyo, Jepun menjadi tumpuan dalam penganjuran Sukan Olimpik dan kontinjen Malaysia akan tampil buat kali ke-16 dengan misi memburu pingat emas pertama.
Obor perjuangan kontinjen negara tetap menyala dalam misi emas pertama itu dan tekanan itu kian memuncak tatkala jiran Asia Tenggara yang lain sudahpun menuai hasil.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, miliki perancangan baru selepas temasya terbesar itu ditunda selama setahun.
MOM optimis kemarau pingat emas itu dapat ditamatkan biarpun negara kehilangan seorang permata, Datuk Lee Chong Wei, yang mengumumkan persaraannya selepas membutir tiga pingat perak dalam tiga edisi berturut-turut sejak di Beijing pada 2008.
"Saya sedikit kecewa dengan penundaan ke tarikh baru ini selepas kontinjen yang sudah layak penat berusaha sehabis baik tetapi saya yakin atlet yang layak mampu bangkit dan memberikan aksi terbaik di Tokyo nanti," katanya.
Dalam masa sama, Norza turut mendedahkan perancangan mengenai atlet yang akan memikul tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang di Tokyo.
"Kami masih berbincang mengenai calon sesuai tetapi keputusan itu akan diumumkan tahun depan sebelum Sukan Olimpik bermula.
"Kami perlu mengkaji dan menilai secara terperinci kerana ia melibatkan reputasi atlet yang benar-benar layak," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Jepun
#Lee Chong Wei
#Majlis Olimpik Malaysia
#Malaysia
#Norza Zakaria
#Sukan Olimpik
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan