awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Hanoi: Queenie rangkul perak dengan catatan rekod kebangsaan baharu

Bernama
Bernama
16/05/2022
13:10 MYT
Sukan SEA Hanoi: Queenie rangkul perak dengan catatan rekod kebangsaan baharu
Reaksi atlet lempar cakera wanita negara Queenie Ting Kung Ni selepas berjaya memenangi pingat perak dalam acara lempar cakera pada Sukan SEA ke-31, di My Dinh National Stadium Hanoi. - Foto BERNAMA
HANOI: Atlet lempar cakera kebangsaan, Queenie Ting Kung Ni menampilkan satu lagi aksi bertenaga untuk meraih pingat perak Sukan SEA dengan mencatatkan rekod kebangsaan yang baharu, hari ini.
Atlet berusia 24 tahun berasal dari Sarawak itu, melakukan lemparan sejauh 52.36m di Stadium Nasional My Dinh di sini untuk memperbaiki rekod kebangsaan miliknya itu.
Kejayaan pingat perak itu juga membantu beliau memperbaiki pencapaian di Sukan SEA selepas meraih pingat gangsa pada debutnya di edisi Filipina 2019.
Olimpian Thailand Subenrat Insaeng, yang juga pemegang rekod Sukan SEA dengan catatan 60.33m, mempertahankan pingat emas dengan catatan 53.09m pada lemparan terakhir untuk mengatasi Queenie Ting.
Seorang lagi atlet Malaysia, Choo Kang Ni menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan 46.57m.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Queenie Ting Kung Ni
#lempar cakera
#Sukan SEA Hanoi
#rekod kebangsaan
#pingat perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan