awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Universiti ASEAN: Kontinjen negara mampu capai sasaran 35 pingat emas

Bernama
Bernama
29/07/2022
04:50 MYT
Sukan Universiti ASEAN: Kontinjen negara mampu capai sasaran 35 pingat emas
Temasya berkenaan diadakan selama 11 hari dengan acara terakhir dijadual berlangsung pada 6 Ogos.
UBON RATCHATHANI: Kontinjen negara ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di Thailand dilihat mampu merealisasikan sasaran 35 pingat emas ditetapkan berdasarkan prestasi memberangsangkan melibatkan beberapa acara sukan.
Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke AUG Prof Dr Mohd Fo'ad Sakdan berkata ia berikutan sukan seperti karate dan badminton disifatkan boleh menjadi lubuk emas dengan beberapa pingat berjaya dibawa pulang lebih awal buat kontinjen negara.
"Atlet Malaysia secara keseluruhannya menunjukkan prestasi baik dan cemerlang. Selepas enam jenis sukan berlangsung, semua atlet berjuang dengan jitu dan jaya tanpa sebarang masalah.
"Secara keseluruhannya, saya optimis Malaysia akan dapat mencapai sasaran pingat yang ditetapkan malah berdasarkan prestasi terkini atlet mungkin menjangkau daripada sasaran lebih cerah," katanya yang ditemui selepas acara pembukaan temasya AUG ke-20 di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat di sini semalam.
Berdasarkan pencapaian semasa, kem karate sehingga kini berjaya membawa pulang enam pingat emas serta berpeluang untuk menambah koleksi apabila bersaing bagi acara berpasukan hari ini.
Kem badminton yang meraih dua pingat emas masing-masing bagi acara berpasukan lelaki dan wanita juga berpeluang cerah untuk menambah koleksi emas mereka bagi acara individu lelaki dan wanita.
Sepanjang tiga hari temasya terbabit berlangsung menyaksikan Malaysia meraih pencapaian membanggakan dengan membawa pulang 16 emas, 22 perak dan 12 gangsa.
Temasya berkenaan diadakan selama 11 hari dengan acara terakhir dijadual berlangsung pada 6 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Universiti Asean
#AUG 2022
#sasaran 35 pingat emas
#Mohd Fo'ad Sakdan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan