awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis

Bernama
Bernama
22/10/2025
21:50 MYT
Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis
Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Gandingan beregu campuran negara yang baru dinobatkan sebagai juara dunia,Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta pasangan profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menempah tempat ke pusingan kedua Terbuka Perancis 2025 di Cesson-Sevigne, semalam.
Dalam aksi pusingan pertama kejohanan bertaraf Super 750 di Glaz Arena, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan semangat juang tinggi apabila menundukkan pasangan Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang dengan keputusan 16-21, 21-16, 21-12.
Pilihan keempat itu bakal berdepan satu lagi gandingan dari Taiwan,Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan, yang sebelum ini menewaskan wakil Sepanyol, Ruben Garcia-Lucia Rodriguez, 21-9, 21-16.
Sementara itu, pasangan pilihan kelapan Soon Huat-Shevon turut melakarkan kemenangan selepas berhempas pulas selama 59 minit untuk menyingkirkan beregu bukan pilihan dari Indonesia, Amri Syahwani-Nita Violina Marwah, 15-21, 21-17, 21-17.
Pasangan suami isteri itu akan berdepan beregu Scotland, Alexander Dunn-Julie Macpherson, yang turut bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menundukkan wakil Korea Selatan, Jongmin-Chae Yu Jung,14-21, 21-12, 21-16.
Dalam satu lagi aksi, beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King membuka kempen mereka dengan langkah kanan selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Eloi Adam-Leo Rossi, 21-19, 21-17.
Wan Arif-Roy King dijangka bertemu pilihan keempat dari China,Liang Wei Keng-Wang Chang atau rakan senegara mereka, Xie Haonan-Zeng Wei Han pada pusingan kedua hari ini.
Keputusan Pusingan Pertama:
(Nota) Pemain Malaysia kecualikan dinyatakan)
Perseorangan Wanita:
Unnati Hooda (IND) mn K. Letshanaa 11-21, 21-13, 21-16
Beregu Wanita:
Margot Lambert-Camile Pognante (FRA) mn Ong Xin Yee-Carmen Ting 16-21, 21-14, 21-17
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Perancis
#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
#Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie
#Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan