awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
'Perancangan Allah luar biasa, selamat datang #ajz' - Shuib, Watie timang anak sulung perempuan
Rasai kesakitan itu dan perbaiki lagi, inilah bola sepak - Jurulatih Arsenal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis Terbuka Australia: Serena pamer aksi cemerlang, selesa ke pusingan ketiga

Agensi
Agensi
10/02/2021
08:24 MYT
Tenis Terbuka Australia: Serena pamer aksi cemerlang, selesa ke pusingan ketiga
Meskipun berdepan dengan kecederaan bahu dan pangkal kaki sebelum ini, namun Serena tidak menjadikan kecederaannya sebagai alasan untuk menampilkan prestasi buruk di gelanggang. - Foto REUTERS
MELBOURNE:Jaguh tenis dunia, Serena Williams berjaya mengetepikan bintang Serbia, Nina Stojanovic pada pusingan kedua kejohanan Tenis Terbuka Australia untuk kemenangan 6-3, 6-0 di Melbourne Park sebentar tadi.
Selepas menguasai set pertama, Serena terus mendominasi perlawanan sehingga set kedua dan akhirnya meraih kemenangan menerusi ace keenam untuk melangkah selesa ke pusingan ketiga selepas berlangsung selama 69 minit.
Ini merupakan kemunculan ke-19 Serena dalam kejohanan ini.
“Dia (Stojanovic) bermain dengan baik sepanjang perlawanan, saya tidak terlalu banyak berfikir pada set kedua berbanding set pertama,” kata Serena dalam reaksi kemenangannya.
Meskipun berdepan dengan kecederaan bahu dan pangkal kaki sebelum ini, namun Serena tidak menjadikan kecederaannya sebagai alasan untuk menampilkan prestasi buruk di gelanggang.
Dalam misi memburu gelaran juara Terbuka Australia, Serena sebelum ini menewaskan Laura Siegemud 6-1, 6-1 dan bakal bertemu dengan Anastasia Potapova dari Rusia pada pusingan ketiga.
Topic Berkaitan
#Serena Williams
#Australia
#Melbourne
#Terbuka Australia
#Australian Open
#tenis
#Melbourne Park
#Nina Stojanovic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan